Quantcast
Channel: PEMBANTU RUMAH INDONESIA
Viewing all 67 articles
Browse latest View live

Pembantu Rumah Indonesia Terlatih dan Berkualiti

$
0
0
Nama Agensi: Agensi Pekerjaan Semurni Sdn Bhd (http://www.mohr.gov.my/APS/APR_SELANGOR.pdf).

No Lesen: 1312 

Negara Pembantu Rumah: Indonesia.

Kos Siap Semua: RM12,200.

Kontrak Kerja: 2 Tahun.

Deposit: RM6200 (boleh face to face tanpa deposit).

Gaji Maid: RM808.

Jaminan: 3 Bulan.

Tolak Gaji: RM1,800.


Penerangan: Semua maid dari agensi kami adalah terlatih dan berkualiti. Mereka telah diberikan latihan secukupnya di pusat latihan di Indonesia dan dipantau oleh JTK di indonesia seterusnya diberikan sijil pengiktirafan kelayakan menjadi pembantu rumah di Malaysia. Hanya calon maid yang benar-benar tahan lasak dan mahir sahaja diluluskan dan layak diserahkan kepada kami. 

Kemudahan pinjaman peribadi disediakan.


Jika berminat, sila isi borang booking maid di http://pembantu-rumah-indonesia.blogspot.com/p/maid-booking-form.html

[komisyen rm50 kepada introducer. pm admin www.fb.com/messages/4m33n72]

Hubungi: +6010-3990696



YASNITA sedia urus pembantu rumah

$
0
0
Kuala Lumpur: Yayasan Suara Wanita (YASNITA) sedia menguruskan kemasukan dan latihan warga Indonesia yang mahu berkhidmat sebagai pembantu rumah di negara ini.

Pengerusi YASNITA , Tan Sri Zaleha Ismail, berkata langkah itu bagi mengelakkan pembabitan orang tengah dalam proses pengambilan pembantu rumah. 

Iklankan biodata 

Kami juga sedia bekerjasama dengan mana-mana yayasan wanita di Indonesia untuk menguruskan aspek teknikal termasuk latihan, urusan perjalanan dan kebajikan," Zaleha Ismail, Pengerusi YASNITA

Sehubungan itu, katanya, YASNITA bercadang melancarkan portal bursa pembantu rumah yang membolehkan pembantu rumah Indonesia mengiklankan biodata mereka, manakala bakal majikan pula mengiklankan diri mereka sebagai bakal majikan yang inginkan khidmat pembantu rumah.

“Kami juga sedia bekerjasama dengan mana-mana yayasan wanita di Indonesia 
untuk menguruskan aspek teknikal termasuk latihan, urusan perjalanan dan kebajikan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Zaleha mengulas kenyataan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar yang menyatakan republik itu menimbangkan untuk tidak menggunakan khidmat agensi dalam proses kemasukan pembantu rumah Indonesia ke negara ini.
Peraturan baru yang bakal menyaksikan fungsi agensi dikurangkan atau dihapuskan terus itu adalah antara kaedah dipertimbangkan oleh Indonesia bagi membolehkan tenaga kerja dihantar terus kepada majikan, sekali gus mengurangkan kos.

Bagaimanapun, pengambilan masih dalam pengawasan pihak berkuasa Indonesia.

Zaleha yang menyokong hasrat kerajaan Indonesia itu percaya langkah itu akan disokong suri rumah, isteri dan ibu bapa negara ini yang tertekan akibat kos pengambilan pembantu rumah asing yang mencecah sehingga RM10,000 seorang.

“Pada hal, jika pembantu rumah asing datang ke Malaysia, kosnya hanya sekitar RM2,000.

“Yang lebih menyedihkan jika pembantu rumah lari, majikan akan menanggung rugi,” katanya.

Beliau berkata, pembantu rumah sebagai pekerja juga merana dan tertekan kerana terpaksa bekerja tiga bulan tanpa gaji bagi membayar balik kos yang dikenakan agensi pembantu rumah asing.

Kos pengambilan pembantu rumah akan meningkat

$
0
0
KUALA LUMPUR: Kos pengambilan pembantu rumah Indonesia yang perlu ditanggung oleh majikan akan meningkat berbanding jumlah yang dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandangani pada 2011.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (PIKAP), Datuk Raja Zulkepley Dahalan, berkata kenaikan itu dibuat memandangkan kos yang dipersetujui sebelum ini tidak dapat dilaksanakan kerana hanya melibatkan kos yang perlu ditanggung oleh majikan dan pekerja. 

"Struktur kos yang dipersetujui sebelum ini ialah sebanyak RM4,511 sebagai bayaran pengambilan pembantu rumah Indonesia oleh pihak majikan kepada agensi termasuk RM1,800 bayaran pekerja yang didahulukan oleh pihak majikan kepada agensi pekerjaan. 


"Ia hanya melibatkan dua kos, iaitu majikan dan pembantu rumah (pekerja) tetapi malangnnya kos itu tidak mengambil kira apakah kos yang perlu ditanggung oleh agensi seperti saya dan kos yang sepatutnya ditanggung oleh agensi di sana," katanya selepas majlis MoU antara Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga Kerja Indonesia (Apjati), PIKAP dan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) di sini, hari ini.

Beliau berkata kekurangan yang terdapat dalam MoU sebelum ini menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan dan semakan semula terhadap isu berkenaan perlu dilakukan.

"Kita dipanggil untuk mengkaji semula sebanyak empat kali dengan Kementerian Sumber Manusia sebelum kenaikan ini diputuskan," katanya menambah kos terbaru yang akan diumumkan itu dilihat lebih relevan dan memadai.

Raja Zulkepley berkata, pengumuman kos itu bagaimanapun hanya akan dibuat oleh kerajaan dalam masa terdekat. 
MoU pengambilan pembantu rumah Indonesia yang ditandatangani pada 2011 menetapkan RM4,511 sebagai bayaran pengambilan pembantu rumah Indonesia oleh pihak majikan Malaysia.

Kos itu melibatkan sebanyak RM2,711 yang perlu ditanggung pihak majikan manakala RM1,800 sebagai bayaran pekerja yang didahulukan pihak majikan kepada agensi pekerjaan.

Dalam perkembangan sama, Raja Zulkepley berkata cadangan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar untuk menghapuskan agensi pembantu rumah sebagai langkah untuk mengurangkan kos adalah tidak relevan.

"Pengalaman saya selama 20 tahun dalam bidang ini, saya rasa agak mustahil untuk dilakukan kerana ia hanya akan mendatangkan masalah sekiranya pengambilan pembantu rumah dibuat melalui kerajaan kepada kerajaan tanpa melibatkan agensi," katanya. - BERNAMA

Isu pembantu rumah: Jakarta timbang henti guna khidmat agensi

$
0
0
Muhaimin IskandarJakarta: Kemasukan pembantu rumah Indonesia ke Malaysia mungkin dilakukan tanpa menerusi agensi seperti sekarang, sebaliknya terus kepada majikan.
Peraturan baru yang bakal menyaksikan fungsi agensi dikurangkan atau dihapuskan terus itu antara kaedah dipertimbangkan Indonesia bagi membolehkan tenaga kerja dihantar terus kepada majikan, sekali gus mengurangkan kos mereka. 
Dalam pertemuan eksklusif bersama BH Ahad di Jakarta semalam, Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar (gambar), berkata pihaknya sedia berunding dengan Persatuan Majikan Pembantu Asing Malaysia (MAMA) jika terus berdepan kesukaran berurusan dengan Persatuan Agensi Pembantu Asing Malaysia (PAPA). 

Kita sedia berunding dengan Persatuan Majikan Pembantu Asing Malaysia jika sukar berurusan dengan Persatuan Agensi Pembantu Asing Malaysia," Muhaimin Iskandar, Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia

Hantar terus kepada majikan

Jika dilaksanakan, penghantaran terus kepada majikan itu menyamai mekanisme antara kerajaan yang digunakan bagi kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia ketika ini.

Ia juga bermakna majikan di Malaysia boleh mendapatkan pembantu rumah Indonesia tanpa dikenakan bayaran tinggi oleh agensi seperti sebelum ini.

Namun, Muhaimin berkata, pengambilan masih dalam pengawasan pihak berkuasa Indonesia. 
“Sebahagian besar tugas mendapatkan pembantu rumah dari awal hingga menjadi tenaga terlatih dilakukan agensi di Indonesia, termasuk kos latihan, penempatan asrama dan pemeriksaan kesihatan.

“Mereka menanggung kos lebih besar, manakala agensi di Malaysia cuma uruskan penghantaran ke rumah majikan.

“Saya cadangkan agensi di Malaysia menerima 10 peratus daripada bayaran keseluruhan, manakala bakinya diberi kepada agensi Indonesia. Jika tidak, pilihannya ialah untuk kami berunding dengan MAMA,” katanya.

Berdasarkan memorandum persefahaman pada pertengahan 2011 dan berkuat kuasa April lalu, majikan yang mahu mendapatkan khidmat pembantu rumah Indonesia perlu membayar RM4,511 kepada agensi pembantu rumah asing.

Dapat semula RM1,800

Daripada jumlah itu, majikan boleh dapatkan semula RM1,800 menerusi pemotongan gaji tiga bulan pembantu rumah.

Namun, PAPA dilaporkan berkata, kerajaan kedua-dua negara dalam perbincangan mengkaji semula struktur kos pengambilan pembantu rumah Indonesia.

Difahamkan, struktur baru itu membabitkan kos antara RM7,000 hingga RM9,000 bagi menyesuaikannya dengan permintaan dan penawaran.

Malaysia memerlukan kira-kira 50,000 pembantu rumah Indonesia tetapi kebanyakan majikan mengeluh kerana perlu mengeluarkan kos sehingga RM12,000.

Sejak pertengahan tahun lalu, hanya 97 pembantu rumah dari Indonesia memasuki Malaysia untuk bekerja.

Temu ramah penuh dalam ruangan Rencana dalam akhbar BH Ahad

Kawal ketat agensi pembantu rumah

$
0
0
Kuala Lumpur: Malaysia dan Republik Indonesia perlu mempunyai mekanisme pemantauan ketat terhadap agensi pembantu rumah di kedua-dua negara bagi menghalang kegiatan memperdagangkan manusia.

Menteri Penasihat Penerangan, Sosial dan Budaya Kedutaan Indonesia di Malaysia, Suryana Sastraderedja berkata usaha itu perlu dilakukan segera berikutan ada kes kemasukan pembantu rumah secara tidak sah oleh agensi pekerjaan. 

Beliau berkata, keadaan itu berlaku berikutan penghantaran secara sah tidak membawa keuntungan tinggi kepada agensi meskipun permintaan meningkat. 


Berlaku penyelewengan 

Katanya, kes 105 wanita warga asing dikurung dan dipaksa bekerja tanpa gaji di Klang, Selangor, baru-baru ini adalah contoh jelas berlaku penyelewengan oleh individu dari agensi kedua-dua negara.

“Agensi Indonesia tidak mahu hantar mengikut prosedur rasmi kerana untung sedikit, lebih baik hantar ke Hong Kong, Taiwan, Singapura... gaji diperoleh pembantu rumah di sana juga tinggi.

“Untung lebih besar jika masuk tanpa prosedur sah seperti yang berlaku di Klang, baru-baru ini, boleh dapat RM10,000 hingga RM15,000 apabila agensi Indonesia jual kepada individu atau agensi di Malaysia.

TV3: Yuran Agensi Pembantu Rumah Terlalu Tinggi

$
0
0
TV3: Langkah semakan semula persefahaman antara Malaysia dan Indonesia berkaitan pengambilan pembantu rumah dilakukan kerana yuran agensi terlalu tinggi sehingga mencecah RM12,000.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramanimam, perbincangan akan dilakukan pihaknya dalam tempoh terdekat bagi kadar yuran yang lebih berpatutan.
Persetujuan semakan semula itu dicapai pada rundingan tahunan kedua-dua negara Selasa lalu di Putrajaya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.
Sebelum ini, perjanjian bagi pengambilan amah Indonesia dipersetujui pemimpin kedua-dua negara, Oktober lalu.
Mengulas sama ada mekanisme pengambilan antara kerajaan dengan kerajaan, beliau berkata ia sedang dipertimbangkan.
Bagaimanapun, perkara itu perlu mengambil kira kesan perundangan terutama membabitkan pihak Indonesia.

Yuran Agensi Pembantu Rumah Akan Dikaji Semula

$
0
0
Oleh MERGAWATI ZULFAKAR, JOSEPH SIPALAN dan LEE YEN MUN

PUTRAJAYA: Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk mengkaji semula struktur kos untuk membawa masuk pembantu rumah dari republik itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, timbul beberapa kerumitan dengan yuran terkini agensi yang ditetapkan pada RM4,511.
"Kita bersetuju bahawa yuran agensi perlu diletakkan pada kadar lebih munasabah untuk membenarkan Perjanjian Lombok dilaksanakan sepenuhnya," katanya kepada media selepas rundingan tahunan dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudho-yono di sini, Selasa.
Di bawah perjanjian yang ditandatangani pada Oktober tahun lalu, bakal majikan perlu membayar yuran aganesi sebanyak RM4,511 termasuk RM2,711 yang perlu dibayar kepada agensi dan RM1,800 sebagai bayaran pendahuluan yang boleh diperolehi semula secara ansuran dari gaji pembantu rumah dalam tempoh enam bulan.
Pembantu rumah sepatutnya tiba di negara ini awal tahun ini tetapi jumlahnya kurang kerana agensi terbabit mendakwa yuran adalah terlalu rendah untuk menampung kos mereka dan sukar mendapat keuntungan.
Susilo bersetuju dengan Najib bahawa timbul isu dalam melaksanakan Perjanjian Lombok terutamanya berhubung yuran agensi dan menekankan keperluan untuk mencari jalan penyelesaian yang efektif.
"Kita sudah ada Perjanjian Lombok yang meliputi perlindungan dan penggunaan tenaga kerja Indonesia tetapi wujud beberapa isu yang timbul menerusi rangka kerja ini...kita akan mencari penyelesaian secara baik," katanya.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam, ketika ditemui kemudian, menjelaskan bahawa kadar yuran baru yang dicadangkan agensi pembantu rumah ketika mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia - Indonesia di Jakarta minggu lalu adalah terlalu tinggi.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan dengan lebih lanjut jumlah yuran yang dicadangkan itu.
"Perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat hari ini (Selasa) dan kerajaan Indonesia bersetuju untuk membenarkan ia dirundingkan semula. Kita akan cuba menetapkan kadar yang boleh diterima bersama," katanya.

Pembantu Rumah Asing Pilih Negara Lain Bayar Upah Lebih Tinggi

$
0
0
snin Disember 24, 2012
Oleh PATRICK LEE
PETALING JAYA: Malaysia tidak lama lagi akan menjadi pilihan terakhir bagi pembantu rumah asing.
Dengan negara-negara lain yang membayar gaji lebih tinggi dan kadar pertukaran semasa rendah ringgit, pembantu rumah boleh memilih untuk pergi ke tempat lain, kata pakar ekonomi.
Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings, Yeah Kim Leng berkata, walaupun akan ada permintaan lebih besar untuk pembantu rumah, terutama dengan penduduk yang semakin berusia, ia akan menjadi lebih sukar untuk mengupah mereka.
"Melainkan jika pendapatan kita dapat bersaing dengan kos yang semakin meningkat, semakin kurang orang akan mampu untuk mendapatkan pembantu rumah," katanya.
Beliau berkata, dengan peningkatan ekonomi di negara-negara seperti Indonesia, Malaysia tidak lagi boleh dilihat sebagai pasaran kerja yang berpotensi.
Yeah berkata, lebih banyak penduduk tempatan mungkin perlu untuk bekerja sebagai pembantu rumah dan meramalkan permintaan lebih besar untuk penyumberan luar kerja-kerja domestik dan jagaan harian.
"Kerajaan perlu melihat alternatif bagi ibu bapa yang bekerja," katanya.
Yeah mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kedua-dua Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk mengkaji semula struktur kos untuk agensi pembantu rumah.
Terdapat kemasukan yang kecil bagi pembantu rumah Indonesia ke negara ini walaupun telah pun menandatangani MoU antara Malaysia dan Indonesia pada 30 Mei lepas yang menetapkan yuran sebanyak RM4,511 bagi ejen untuk pengambilan pembantu rumah.
Persatuan Majikan Pembantu Rumah Malaysia (Mama) mendakwa struktur kos tidak mampan menyebabkan ejen keberatan untuk membawa pembantu rumah Indonesia ke negara ini, yang menjadikan bilangan mereka berkurangan.
Ketua ekonomi penyelidikan MIDF, Anthony Dass berkata, penduduk tempatan akan mempunyai pilihan antara membayar lebih untuk pembantu rumah mereka atau tidak mempunyai apa-apa langsung.
"Jika negara lain menawarkan lebih baik (yuran) bagi pembantu rumah dan agensi, mengapa mereka harus datang ke sini?" katanya.
Dass berkata, peningkatan gaji untuk pembantu rumah akan mengurangkan pendapatan boleh guna rakyat Malaysia, terutamanya jika gaji tidak meningkat.
Beliau berkata, jika pembantu rumah memilih untuk tidak datang ke sini, ramai wanita sama ada akan berhenti bekerja atau meminta lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak.

Usaha Dipertingkat Pastikan Proses Pengambilan Pembantu Rumah Indonesia Berjalan Lancar

$
0
0
Rabu Disember 19, 2012
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menegaskan tentang pentingnya kedua-dua negara melaksanakan sepenuhnya dan secara konsisten peruntukan yang terkandung dalam Protokol Untuk Meminda Memorandum Persefahaman Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan Wisma Putra di sini pada Rabu, kedua-dua pemimpin itu meminta Kumpulan Kerja Bersama (KKB) dan Pasukan Petugas Bersama (PPB) meningkatkan perbincangan dan dialog bagi memastikan keberkesananan pelaksanaan Protokol dan MoU berkenaan, yang ditandatangani di Bandung, Indonesia pada 30 Mei tahun lepas.
Yudhoyono, yang diiringi 10 menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan Indonesia, mengakhiri Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia kesembilan di sini, Rabu dan meninggalkan Malaysia selepas menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Keamanan daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Canselor UUM.
Kenyataan itu berkata perundingan tersebut berlangsung dalam suasana mesra, yang mencerminkan hubungan kukuh, ikhlas dan istimewa antara kedua-dua negara dan pemimpin.
Sebagai komitmen mereka ke arah memperkukuh hubungan itu, kedua-dua pemimpin membuat penilaian terhadap kerjasama yang sedang diadakan serta meneroka bidang baharu yang mempunyai potensi ke arah memantapkan gandingan yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta bersetuju untuk mengatasi segala cabaran dua hala secara baik melalui dialog dan perundingan, katanya.
Mengenai perlindungan untuk rakyat dari kedua-dua negara, Wisma Putra berkata Najib dan Yudhoyono menegaskan tentang pentingnya bagi Malaysia dan Indonesia bekerjasama rapat untuk menambah baik dan memperkemas mekanisme komunikasi sedia ada.
Mereka berpuas hati dengan trend positif aliran pelancong dua hala yang membantu merapatkan hubungan antara rakyat dan rakyat dan meminta para pegawai memuktamadkan pembaharuan Memorandum Persefahaman Mengenai Kerjasama Dalam Bidang Pelancongan.
Mereka juga mengimbau kembali perundingan yang diadakan pada tahun lepas serta melahirkan perasaan puas hati dengan kemajuan besar yang dicapai sepanjang tahun itu dan sebagai susulan, kedua-dua pemimpin memberi perhatian terhadap cadangan untuk mengadakan program pertukaran kunjungan bagi para pegawai kanan dari kedua-dua negara, dengan program pertama akan diadakan di Malaysia pada 2013.
Najib dan Yudhoyono juga meneliti kemajuan yang dicapai berhubung isu sempadan darat dan maritim antara kedua-dua negara, terutama penandaan sempadan tanah Malaysia-Indonesia di Kalimantan dan penandaan sempadan maritim Malaysia-Indonesia di Laut Sulawesi, Laut China Selatan, Selat Melaka dan Selat Singapura.
Mereka sependapat tentang perlunya isu-isu ini diselesai dengan segera dan sejajar dengan itu, menggesa pegawai dari kedua-dua negara supaya mengekalkan momentum konstruktif yang terdapat dalam proses rundingan yang sedang dijalankan.
Yudhoyono menyatakan penghargaan beliau terhadap Kerajaan Malaysia kerana menyokong dan memberi permit bagi penubuhan 22 Pusat Pembelajaran Komuniti (PPK)di bawah naungan Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK) di Sabah untuk kanak-kanak pekerja Indonesia dari kawasan ladang.
Ini termasuk pemberian permit kepada 58 guru Indonesia untuk mengajar di PPK dan kedua-dua pemimpin memberi perhatian tentang kemungkinan lebih banyak PPK perlu ditubuhkan di kawasan ladang di Sabah pada masa akan datang.
Najib dan Yudhoyono juga memuji Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kerana menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro pada 15 Oktober 2012 di Manila dan presiden Indonesia itu melahirkan penghargaannya kepada Kerajaan Malaysia kerana peranannya sebagai orang tengah antara Kerajaan Filipina dan MILF dalam usaha mewujudkan keamanan di Selatan Filipina.
Najib pula menyatakan penghargaan beliau terhadap penyertaan Indonesia dalam Pasukan Pemantauan Antarabangsa (IMT) di Mindanao, sejak Julai 2012 dan peranannya sebagai pemudahcara antara Kerajaan Filipina dan MNLF dalam usaha lain ke arah mewujudkan keamanan di Selatan Filipina.
Kedua-dua pemimpin meneruskan perbincangan tentang pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama seperti usaha ke arah penubuhan Komuniti Asean pada 2015.
Najib dan Yudhoyono berpuas hati dengan hasil perundingan itu dan percaya ia adalah cara berkesan untuk memperkukuh hubungan strategik yang terjalin antara Malaysia dan Indonesia, serta menilai kerjasama yang ada dan akan mewujudkan peluang dalam konteks forum dua hala, serantau dan global.
Kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa Rundingan Tahunan akan datang diadakan di Indonesia pada 2013. - BERNAMA

Yuran Pembantu Rumah Perlu Munasabah - Subramaniam

$
0
0
Published: Sabtu Disember 22, 2012 MYT 1:06:00 PM
Oleh PATRICK LEE
KUALA LUMPUR: Bayaran yuran kepada agensi pembantu rumah tidak boleh terlalu mahal, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Sabtu.
"Bagi jangka panjang, saya bersetuju bahawa kuasa pasaran sebenarnya perlu menentukan yuran itu, tetapi pada masa yang sama mereka perlu munasabah dan relevan kepada keperluan rakyat," katanya selepas melancarkan Konvensyen Sai Baba Dunia pertama di bangunan Maha Mariammaman.
Subramaniam berkata, beberapa agensi mempunyai yuran setinggi RM12,000 setiap pembantu rumah, terlalu mahal bagi kebanyakan penduduk tempatan.
Kerajaan Malaysia dan Indonesia sebelum ini bersetuju untuk sekali yuran RM4, 511 kepada agensi untuk setiap pembantu rumah.
Bagaimanapun, banyak agensi melihat yuran itu terlalu rendah, yang menyebabkan kedua-dua kerajaan mengkaji semula bayaran berkenaan.

Kes Jenayah Terhadap Pembantu Rumah Indonesia Terpencil - Diplomat

$
0
0
Thursday, 06 December 2012 16:42
KUALA LUMPUR: Kes jenayah melibatkan majikan Malaysia terhadap pembantu rumah Indonesia adalah terpencil dan Malaysia adalah negara selamat untuk pekerja asing berbanding negara lain, kata seorang diplomat Indonesia di sini.
Menteri Penasihat Penerangan, Sosial dan Budaya, Kedutaan Indonesia di Malaysia, Suryana Sastraderedja berkata hanya 10 peratus kes melibatkan masalah keselamatan terhadap pekerja Indonesia di negara ini.
 
"Terdapat pelbagai kes seperti tidak dibayar gaji, penderaan dan sebagainya, bagaimanapun ia adalah kes terpencil dan sedikit memandangkan jumlah pekerja Indonesia di negara ini lebih besar dan ia bukan satu masalah untuk pekerja Indonesia datang bekerja di sini," katanya kepada Bernama Radio24 menerusi Program Dalam Radar, semalam.
 
"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia adalah negara tidak selamat, cuma Malaysia tidak 'selamat' dari sudut gaji kerana sama sekali berbeza dengan negara lain seperti Singapura yang memberi bayaran lebih tinggi," katanya.
 
Suryana berkata walaupun begitu masih ramai pekerja Indonesia yang terus bekerja di negara ini berikutan hubungan baik majikan terhadap mereka termasuk mendapat layanan seperti keluarga.

Sebelum ini agensi berita asing AFP melaporkan Suryana sebagai berkata pembantu rumah Indonesia perlu mengelak daripada bekerja di Malaysia.
 
Ia berikutan skandal terbaru yang menyaksikan 105 wanita asing dikurung dan dipaksa bekerja tanpa dibayar gaji di Klang, Selangor.
 
Bagaimanapun, Suryana menyangkal dakwaan dan berita yang dikeluarkan AFP itu. 
- Bernama

Pembantu Rumah Indonesia Terlatih dan Berkualiti

$
0
0

Umur: 42

Lokasi: Lake Toba. (first time masuk Malaysia). 

Kos Tanpa Permit: RM7,000.

Kontrak Kerja: 2 Tahun.

Deposit: RM4000 (boleh face to face tanpa deposit).

Gaji Maid: RM650.

Jaminan: 3 Bulan.

Tolak Gaji: 3 Bulan.


Penerangan: Semua maid dari agensi kami adalah terlatih dan berkualiti. Mereka telah diberikan latihan secukupnya di pusat latihan di Indonesia dan dipantau oleh JTK di indonesia seterusnya diberikan sijil pengiktirafan kelayakan menjadi pembantu rumah di Malaysia. Hanya calon maid yang benar-benar tahan lasak dan mahir sahaja diluluskan dan layak diserahkan kepada kami. 

Kemudahan pinjaman peribadi disediakan.


Jika berminat, sila isi borang booking maid di http://pembantu-rumah-indonesia.blogspot.com/p/maid-booking-form.html

[komisyen RM50 kepada introducer. Mesej admin : https://www.facebook.com/messages/pembanturumahindonesia]

Hubungi: +6010-3990696

Pembantu Rumah Indonesia

UPDATE: 2 ORANG PEMBANTU RUMAH INDONESIA

$
0
0
STATUS: TAKEN

salam semua,

ada 2 org maid available hari ini dari rakan agen lain...

1. umur 38, asal tebing tinggi, sumatera. sesuai utk menjaga org tua yg tidak memakai pampers. gaji rm700. ptg gaji 3 bln, kos maid rm6500.

2. yatini, umur 37, asal beras tagi, sumatera. blh menjaga anak tak ramai bermula 2 tahun ke atas. gaji rm700. ptg gaji 3 bln, kos maid rm6800.

tiada cuti dan hphone @ majikan yg simpan.
semua ada jaminan dr agen 3 bulan dan kontrak 2 thn.

Cash & Carry !!!

Semua urusan jmnan dll bkn di bwh tnggungjwb sy!
Tempat perjumpaan: sekitar KL @ Lembah Klang
Sy akn beritahu tempat perjumpaan dgn agnt serta pekerja trsbut setelah menjelaskan bayaran deposit sebanyak RM200 ke akaun sy. Baki kos maid diserahkn pada agent setelah bersetuju mengambil maid tersebut.Tiada refund sekiranya gagal utk pergi sesi temuduga!

Berminat?, SMS Maid ke 010-3990696. Whatsapp dialu-alukan.

Pembantu Rumah Indonesia

$
0
0
STATUS: TAKEN

kriteria seperti berikut:

Kos rm7K.
gaji starting rm700
agama islam
yulia, umur 26, asal jawa tgh.
first time masuk malaysia.
boleh bekerja untuk menjaga anak dan mengemas rumah.
potongn gj 3 bln.

tiada cuti dan hphone @ majikan yg simpan.
semua ada jaminan dr agen 3 bulan (fomema/ lari) dan kontrak 2 thn.

Cash & Carry !!!

Semua urusan jmnan dll bkn di bwh tnggungjwb sy!
Tempat perjumpaan: sekitar KL @ Lembah Klang
Sy akn beritahu tempat perjumpaan dgn agnt serta pekerja trsbut setelah menjelaskan bayaran deposit sebanyak RM200 ke akaun sy. Baki kos maid diserahkn pada agent setelah bersetuju mengambil maid tersebut.Tiada refund sekiranya gagal utk pergi sesi temuduga!

First Come First Serve!

Jika berminat, SMS Maid ke 010-3990696



2 Maid Indonesia Sudah Berada di Malaysia Sedia Berkhidmat dengan Mahir dan Jujur!

$
0
0

Pembantu Rumah Indonesia


STATUS: TAKEN

Berita baik !!!
Kepada cstmr sy yg memerlukn pembantu rumah. URGENT! Boleh interview & ambil hari ini! 

kriteria seperti berikut:

Kos rm6.7k
gaji starting rm650
agama islam
umur 30an, asal acheh, sumatera.
boleh bekerja untuk menjaga anak dan mengemas rumah.
potongn gj 3 bln

tiada cuti dan hphone @ majikan yg simpan.
semua ada jaminan dr agen 3 bulan (fomema/ lari) dan kontrak 2 thn.

Cash & Carry !!!

Semua urusan jmnan dll bkn di bwh tnggungjwb sy!
Tempat perjumpaan: sekitar KL @ Lembah Klang
Sy akn beritahu tempat perjumpaan dgn agnt serta pekerja trsbut setelah menjelaskan bayaran deposit sebanyak RM200 ke akaun sy. Baki kos maid diserahkn pada agent setelah bersetuju mengambil maid tersebut.Tiada refund sekiranya gagal utk pergi sesi temuduga!

First Come First Serve!

PERTANYAAN? SMS MAID ke 010-3990696










STATUS: TAKEN

kriteria seperti berikut:

Kos rm6.7k
gaji starting rm650
agama islam
umur 30an, asal acheh, sumatera.
boleh bekerja untuk menjaga anak dan mengemas rumah.
potongn gj 3 bln

tiada cuti dan hphone @ majikan yg simpan.
semua ada jaminan dr agen 3 bulan (fomema/ lari) dan kontrak 2 thn.

Cash & Carry !!!

Semua urusan jmnan dll bkn di bwh tnggungjwb sy!
Tempat perjumpaan: sekitar KL @ Lembah Klang
Sy akn beritahu tempat perjumpaan dgn agnt serta pekerja trsbut setelah menjelaskan bayaran deposit sebanyak RM200 ke akaun sy. Baki kos maid diserahkn pada agent setelah bersetuju mengambil maid tersebut.Tiada refund sekiranya gagal utk pergi sesi temuduga!

PERTANYAAN? SMS MAID ke 010-3990696

2 Pembantu Rumah Indonesia

$
0
0

STATUS: TAKEN

Milawati, umur 29 tahun. agama islam. status kawin. 1 orang anak. gaji 650. potong gaji 3 bln. Tiada cuti dan hphone. Kontrak 2 thn. Kos maid RM7000.

SMS Maid ke 010-3990696







STATUS: TAKEN 



maryam. Umur 42. Agama islam. Status kawin. 3 orang anak.gaji RM650. ptng gaji 3bln. Tiada cuti dan hphone. Kontrak 2 thn. Kos maid RM7200

SMS Maid ke 010-3990696



Pembantu Rumah Indonesia

$
0
0
STATUS: TAKEN

Wati, asal Beras Tagi Sumatera. Lahir di Jawa Tengah. Keturunan Jawa. umur 41. kos RM7000. gaji RM700. Tolak gaji 3 bulan. tiada cuti dan hp. kontrak 2 tahun.

SMS Maid Wati ke 010-3990696



Pembantu Rumah Indonesia

$
0
0
STATUS: TAKEN

Kos RM4650. Warranty sebulan. maid kosong. Gaji RM650. No deduction. Tiada Cuti, Tiada Handphone. First time di Malaysia. Baru 2 hari berada di sini. Dari Medan. Umur 40 tahun.

Untuk Booking, SMS Maid ke 010-3990696.

Pembantu Rumah Indonesia - Jubaidah Artika. Umur 30

$
0
0

STATUS: TAKEN

Jubaidah Artika. Umur 30. Asara Sumatera. Agama Islam. Gaji RM650. potong Gaji 3 bulan. Tiada cuti dan hand phone. Kontrak 2 Tahun. Kos maid RM7000. 

Pertanyaan, SMS Maid Jubaidah ke 010-3990696

Viewing all 67 articles
Browse latest View live